Saturday, March 8, 2014

++ PASTI ++

yang PASTI itu adanya ALLAH, 
yang PASTI itu adanya kehidupan dan kematian
yang PASTI itu adanya dunia juga akhirat,
yang PASTI itu adanya syurga dan neraka,
yang PASTI itu adanya dosa dan pahala, 
yang PASTI itu adanya yang patuh dan ingkar,
Itu yang PASTI..

Namun
Biarpun kePASTIan itu telah tercatat dalam Kitab Suci Al-Quran
Manusia diberi pilihan ikut hati dan akal
Manusia diberi pilihan ikut iman dan kepercayaan

Dan manusia sering kali ikut kemahuan dan nafsu
Kalu PASTI kita mati disaat umur 100tahun
PASTI ramai yang membuat dosa kerana tahu masih ada ruang untuk bertaubat
sungguh ALLAH itu maha mengasihi dan mengampuni

Tapi Ajal Maut, Jodoh, Rezeki itu rahsia indah Allah buat hamba-hambanya
Kalu sudah ditakdirkan ajal kita pada malam ini, 
adakah kita sempat untuk memohon keampunan
atas kekhilafan dan keingkaran kita
Masyallah

Kerana disaat Allah berkata " Kun Fa Ya Kun"
Kita manusia berada samaada dalam keadaan kerugian atau keberuntungan
Dan berdoalah kita mati bukan dalam keadaan kita kerugian

Namun, diri ini juga tidak sempurna dan sentiasa dalam kekhilafan
namun jauh dalam lubuk hati
percaya
hidayah tidak boleh ditunggu
kita harus mencari hidayah
khuatir hidayah itu sampai selepas semuanya tiada makna
Jadi, carilah cinta Illahi kerana itulah cinta yang PASTI

Suami, 
Kita hamba serba kekurangan
Masih banyak ketinggalan
Pegang lah tangan isterimu ini erat-erat
marilah sama-sama mencari cinta yang PASTI
berdoalah agar kita dapat bersama-sama menjejakkan kaki
ke rumahNYA
Kerumah Sang Pencipta yang telah menyatukan hati kita, menetapkan bahawa aq adalah jodohmu
dan agar kita dapat menambah keimanan kita..

Moga janji kita, bersama-sama kita Jannah.

Selamat Ulang Tahun Suamiku Mohammad Safuan Bin Shafie
Doa ku sentiasa mengiringi dirimu.

LOVE









No comments:

Post a Comment

Please Leave Your Comment Here !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...