Dear blog,
Its been quiet some time x menjeguk blog Pn Apy..
Since berkerja dgn distance dari rumah ke workplace apy ni agak jauh...so blik je dh larat...
Actually today nak kongsi ckit resipi yg apy wat... Bkn la sumthing yg extravaganza sgt..just simple resipi untuk wat chocolate moist cake..
Pg td, En Suami request nak makan kek chocolate moist... So gigih la g dapur tgk cukup x barang nak wat kek and since barang pon cukup...Apy pon try la wat sendiri Chocolate Moist Cake kukus.So nak share resipi so mane tau ade yang nak cube buat.
Chocolate Moist Cake (Kukus)
Bahan A
170 gram Tepung Gandum
200 gram Gula Perang
100 gram Gula Kastor
25 gram Serbuk Koko
1 sudu kecil Serbuk Penaik
1/4 sudu kecil Soda Bikarbonat
Bahan B
200 gram Coklat Masakan
200 gram Butter / Mentega
Bahan C
3 biji Telur
75ml Mentega Susu
Langkah 1 : Satukan bahan B dan cairkan bahan B menggunakan teknik double boiler atau bain marie. Kemudian biarkan seketika sehingga sejuk pada suhu bilik
* panaskan kuali untuk mengukus kek
Langkah 2 : Campurkan semua bahan A kedalam sebuah bekas besar dan gaul semua bahan ini menjadi sebati
Langkah 3 : Pada mangkuk berlainan, satukan bahan C dan pukul sehingga dua bahan ini sebati dan kembang
Langkah 4 : Campurkan bahan pada langkah 1 dan langkah 3 kedalam bekas langkah 2 dan gaul sehingga semua bahan campuran sebati.
Langkah 5 : Tuaang adunan ke dalam loyang bulat yang berukuran 20sm dan letak diatas kuali pengukus untuk lebih kurang 30minit ke 45 minit...
then, Tada~~~ kek chocolate moist dah ready untuk dimakan
Selamat mencuba !!!! xoxo
LOVE