Monday, January 30, 2012

++ WINNERS & LOSERS ++



The main difference between people who are successful in life and those who aren't is that those who are successful, posses the ability to take focused action. Having knowledge doesn't mean you will be successful -knowinghow to apply that knowledge is the key to be successful









++ WE MADE MISTAKE ++




Sebagai manusia biasa dimuka bumi allah ini...kite x lari dr melakukan kesalahan. Sbab tu ramai org kate, "aq hanya manusia biasa yg sentiasa melakukan khilaf". Spt aq jgk....x penah lari dr melakukan kesilapan. Tapi ape yang penting dlm hidup ini ialah bkn untuk x melakukan kesilapan, tapi bangun selepas melakukan kesilapan sbab kite belajar dari pengalaman. Kalu kite x penah melakukan kesilapan, macam mana nk belajar untuk jd yg lebih baik. Sama jgk la konsep die cm aq blaja kt skolah & uni. Ape yg kite blaja kt sana mostly hanya teori untuk memberi gambaran pd kite ape yg sebenarnyer tjd, tp realitinyer or kite kate practicalnyer sgt2 berbeza..

So its okey to make mistake in our life, so that we  will learn and take the positive side out of it to make ourselves  better in future.

p/s : Do not fear mistakes. You will know failure. Continue to reach out.
xoxo -apyapzamri-

Wednesday, January 25, 2012

++ SOLAT DHUHA ++





Apa itu Solat Sunat Dhuha? Apa dsebalik solat sunat dhuha. Kadang itu la yg terlintas di fikiran aq yg cetek ilmu agama islam...tp sentiasa terdetik dhati ini nak wat solat sunat dhuha...So because of my curios, aq pon google la...so this is from few sources that aq dpt dr tenet yg mmg canggih..kalu dulu nak tau cara solat..kene beli buku byk2...skunk ni....alhamdullilah.....kalu nk wat...google..pastu ley trus wat sbab trus tau cmno nk wat..insyallah...

Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w melalui hadis-hadis baginda. Makanya, ini merupakan sunnah qauliyah (perkataan) dan merupakan sunnah tertinggi jika hendak dibandingkan dengan sunnah taqririyah dan sunnah fi'liyah (perbuatan).

KelebihanRasulullah s.a.w bersabda: 2 rakaat solat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

Inilah yang dipegang oleh sahabat baginda Said bin Zaid. Ketika beliau menjadi pemimpin dan hidup dengan keadaan yang begitu zuhud, Khalifah Umar al-Khattab bertemu dengannya untuk memberi sedikit bantuan. Beliau menjawab: Aku mengamalkan solat sunat Dhuha, maka itu sudah cukup mengkayakan aku.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:Barangsiapa yang menjaga solat Dhuhanya, maka diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan (Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

Solat sunat ini sama seperti solat sunat yang lain yakni dua rakaat dan satu salam.

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh at-Thabarani:
Sesiapa yang mengerjakan solat sunat dhuha,

2 rakaat = orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
4 rakaat = orang yang suka beribadat
6 rakaat = dicukupkan baginya hari tersebut
8 rakaat = orang yang selalu berbuat taat
12 rakaat = Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"




Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.








Tuesday, January 24, 2012

++ ALLAH ++



DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka.”


Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.
Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).
Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.
Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.
Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya.”

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: “Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut.”

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: “Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.”

Friday, January 20, 2012

++ ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS ++

You can say this and that, but your action doesn't prove that.
Stop pretending, act like what u have said...
Saying nice words doesn't means that u are like what u said.

Only allah knows.
 

Thursday, January 19, 2012

++ BERUBAH MENJADI BAIK++

-Share an article that i juz read, U shud read too-



Adik-adik, siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya?”

Jawapannya adalah: “Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,” ujar seorang kakak pada sesi perkongsian. Masyallah.

Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu? Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan? Baik itu bagaimana sebenarnya?. Itu persoalannya.

Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain. Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.

Jawapannya, tidak cukup baik. Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?, Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.

Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.

Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya. Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya. Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan. Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.

Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik. Tidakkah anda perasan selama ini?

“Suhana, kamu dengar radio apa tu? Lagu-lagu nasyid kat situ semua bestlah.” Tanya rakan sekerja saya.
“Oh, radio online. Nasyid.fm, lagu-lagu kat sini memang semua best. Jarang dapat dengar dekat ikim,” ujar saya.
“Itulah selalu pasang ikim.fm kalau dalam kereta. Tapi tak ada pula lagu best macam ni.”
Saya terdiam.
Bagusnya, perwatakan rakan sekerja saya ini bolehlah dikatakan lelaki lembut, suka bersolek. Tetapi dia ada potensi itu. Potensi untuk menjadi baik. Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.

Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik? Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin. Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik.

Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi. Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. Berubah jadi baik..




Benarlah kata Nabi S.A.W.:-
“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama.” 
(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)

++TUNANG++

Wednesday, January 18, 2012

++ BELIEVE ++



Never hold back,
dont ever give up altho u failed million times,
n believe in ALLAH,

coz atlho it doesn't happend rite now,
it will happen soon.

Juz put your faith n believe in ALLAH..
ALLAH knows
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...